Pantai Morib, Selangor, Malaysia.
Tiupan angin petang itu benar-benar menggamit. Kelihatan anak-anak kecil terlompat-lompat girang. Si muda-mudinya pula berdua-duaan di tepian pantai.
Petang-petang begini dilihat enak bagi mereka untuk dihabiskan masa bersama pasangan kekasih masing-masing. Bagi mereka itu lebih indah, itu lebih selesa berbanding di rumah bersama-sama ibu ayah dan adik beradik yang lain.
Bersama pacaran masing-masing, mereka bisa menceritakan hal yang indah-indah. Perkara-perkara yang bakal membuatkan jiwa kosong sentiasa berbunga-bungaan.
Masakan tidak, sepasang kekasih itu bukankah saling mencintai antara satu sama yang lainnya. Maka sudah tentu mereka akan sentiasa cuba untuk membahagiakan pasangannya.