Yakinlah Aku Tetap Milikmu 14

Posted in Cerpen on March 21, 2010 by nyawa

Pantai Morib, Selangor, Malaysia.

Tiupan angin petang itu benar-benar menggamit. Kelihatan anak-anak kecil terlompat-lompat girang. Si muda-mudinya pula berdua-duaan di tepian pantai.

Petang-petang begini dilihat enak bagi mereka untuk dihabiskan masa bersama pasangan kekasih masing-masing. Bagi mereka itu lebih indah, itu lebih selesa berbanding di rumah bersama-sama ibu ayah dan adik beradik yang lain.

Bersama pacaran masing-masing, mereka bisa menceritakan hal yang indah-indah. Perkara-perkara yang bakal membuatkan jiwa kosong sentiasa berbunga-bungaan.

Masakan tidak, sepasang kekasih itu bukankah saling mencintai antara satu sama yang lainnya. Maka sudah tentu mereka akan sentiasa cuba untuk membahagiakan pasangannya.

Continue reading

Advertisements

Yakinlah Aku Tetap Milikmu 13

Posted in Cerpen on March 18, 2010 by nyawa

Kehadiran Sarah pada majlis doa selamat di rumah Rudi tempoh hari benar-benar membuatkan Rudi gembira. Sarah terlalu bermakna buat Rudi.

Sarah hadir dalam setiap angan-angan dan impian Rudi. Rudi semahu-mahunya membawa Sarah bersama dalam perjalanan hidupnya ke akhir hayat…itu yang sering Rudi bisikkan saat bertemu dengan Sarah Zulaikha.

‘Rudi…’ sapa Sarah memecah sepi.

‘Ya ,Sarah Zulaikha’. Balas Rudi lembut sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun.
Continue reading

Yakinlah Aku Tetap Milikmu 12

Posted in Cerpen on November 11, 2009 by nyawa

5 bulan kemudian…

Malam itu langit kelam. Sarah masih bungkam diselubungi kesedihan. Nafas terasa sesak di dada. Aliran darah yang menyelirat dirasa menghenyak-henyak kitaran pernafasannya. Sarah memejam mata.

Seketika anak gadis itu tersenyum. Lirikan, usikan serta senyuman Rudi benar-benar mencengkam kalbu. Jejaka itu hadir di dalam hidupnya di saat dia benar-benar memerlukan seorang insan sebagai panduannya ke arah jalan akhirat. Sarah menarik nafas panjang. Continue reading

Jalan Ceritanya…

Posted in Puisi on July 24, 2009 by nyawa

Jalan ceritanya indah
Bersaksikan bulan dan bintang
Terukir senyuman jatuh ke hati
Oh…inilah jalan ceritanya

Dari jauh aku melihat
Engkau melangkah berlalu pergi
Kunci hati telah ku beri
Oh…inilah jalan ceritanya

Tak kan jemu aku menanti
Pulangnya wira hati
Pintu hati ku sudah kau kunci
Oh…inilah jalan ceritanya

Malam itu sangat dingin
Dari jauh kau tersenyum
Langkah ku ayun perlahan
Oh…inilah jalan ceritanya

Episod ini makin rancak
Bual bicara seakan serasi
Senyuman makin berseri
Oh…inilah jalan ceritanya

Kau tenung aku malu
Lirikan itu menggugah jiwa
Sengaja kau mengusik
Oh…inilah jalan ceritanya

Ceritanya masih panjang
Tuhan tabah dan yakinkan hati
Agar hadir menjemput di sini
Mungkin…inilah jalan ceritanya

Setia aku terus menunggu
Hingga berakhir jalan ceritanya!

p/s: tulisan dari hati untuk penulis ‘Aku Sayang Padamu’……..

Aku Sayang Padamu

Posted in Puisi on July 23, 2009 by nyawa

Rindumu menyakit,

Sayangmu membingit,

Kasihmu menitip.

 

Senyummu membunuh,

Tawamu meluluh,

Tangismu jua jangan dibutuh,

 

Aku sayang padamu…

 

p/s tulisan pendek untuk kamu yang menanti…

Yakinlah Aku Tetap Milikmu 11

Posted in Cerpen on June 9, 2009 by nyawa

Sepi angin yang menyapa dinginnya malam langsung tidak dihirau. Seminggu lagi Rudi akan berdepan dengan peperiksaan. Matanya masih kejap memacu bait-bait kalimah tulisan di hadapannya. Satu persatu harus segera dihafal.

Sebelum dihafal harus segera difahaminya terlebih dahulu, dirumus satu-persatu dan kemudian akan dijadikan suatu fakta yang kukuh. Kemudian,  barulah dia akan cuba mengingat kesemua fakta-fakta tersebut.

Begitulah kebiasaannya yang dilakukan oleh Rudi dalam menelaah pelajaran. Namun, fokusnya pada malam itu hilang. Segala tumpuan yang diberikan langsung tidak memberikan kesan. Rudi seakan hilang panduan.

Continue reading

Yakinlah Aku Tetap Milikmu 10

Posted in Cerpen on June 3, 2009 by nyawa

Sarah keluar dari bilik kuliah dengan langkah longlai. Lemah dirasakan kedua-dua lututnya. Mahu sahaja sembah ke bumi andai tidak bertahan. Sakit kepalanya makin ligat menyeksa dirinya.

‘Sarah, kau OK ke tak ni?’ Tegur Luqman, rakan sekuliahnya.

Sarah menoleh ke arah Luqman. Pandangannya semakin kabur. Buku yang dipegangnya seraya terlepas dari pelukannya. Dunia Sarah gelap.

*********************************

‘Saraaaahh…’.

perlahan suara Lisa membisik pada telinga Sarah. Sarah membuka kedua-dua belah kelopak matanya.

Continue reading