Yakinlah Aku Tetap Milikmu 13

Kehadiran Sarah pada majlis doa selamat di rumah Rudi tempoh hari benar-benar membuatkan Rudi gembira. Sarah terlalu bermakna buat Rudi.

Sarah hadir dalam setiap angan-angan dan impian Rudi. Rudi semahu-mahunya membawa Sarah bersama dalam perjalanan hidupnya ke akhir hayat…itu yang sering Rudi bisikkan saat bertemu dengan Sarah Zulaikha.

‘Rudi…’ sapa Sarah memecah sepi.

‘Ya ,Sarah Zulaikha’. Balas Rudi lembut sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun.

Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu melepaskannya perlahan-lahan. Bagaikan ada sesuatu dibenaknya yang berat tersimpan.

Sarah melihat ke wajah Rudi, jelas pemuda itu kelihatan sangat letih selepas selesai majlis kenduri itu. Suasana sepi kembali. Kedua-dua pasangan kekasih itu bagai sedang menyelami hati masing-masing. Malam bungkam saat keduanya duduk di luar rumah Rudi.

‘Maafkan saya Rudi…..‘perlahan Sarah kembali bersuara.

‘Mengapa sayang….mengapa perlu meminta maaf?’ soal Rudi.

Sarah menyandarkan tubuhnya di kerusi,cuba menahan rasa sebak yang makin berombak di dada. Cuba ditahan hujan di hati agar tidak runtuh, namun ia kalah, kalah dengan tarungan emosi didalam jiwanya.

‘Ya Allah, mengapa begitu mudah aku menitiskan air mata…’ Sarah merintih sendiri.

Sayang, ingat janji kita? Susah senang kita bersama,sakitmu sakitku jua,berceritalah padaku sayang,agar kurang sakitmu itu’. Lembut Rudi memujuk Sarah.

‘Rudi, saya banyak kelemahan,saya tak pandai membawa diri,sebab itu saya banyak mendiamkan diri,saya tak mahu berlebih-lebihan,namun bukan ertinya saya tidak yakin yang saya mampu menjadi seorang srikandi. Cuma ini bukan masanya lagi Rudi,belum masanya…kamu faham kan Rudi?’

‘Ya Sarah, saya terlalu memahami. Saya suka kamu begini, usah menjadi diri orang lain,jadilah seperti diri Sarah Zulaikha yang sebenar. Sarah Zulaikha yang banyak menyimpan cerita, banyak memendam rasa demi menjaga hati orang lain. Cuma satu saya pinta sayang,berikan saya separuh daripada rasa di dalam jiwa itu,kerana kau adalah nyawaku…separuh nyawa ku pergi bila kau tidak di sisi….’

Sarah merenung ke wajah Rudi,wajah tenang itu ternyata sedang menghantar gelombang kasih yang mendalam terhadapnya.

“Sarah…andai ada neraca cinta,sudah pasti ianya pecah berderai”….kata Rudi mengakhiri bicara.

Leave a comment