Yakinlah Aku Tetap Milikmu 14

Pantai Morib, Selangor, Malaysia.

Tiupan angin petang itu benar-benar menggamit. Kelihatan anak-anak kecil terlompat-lompat girang. Si muda-mudinya pula berdua-duaan di tepian pantai.

Petang-petang begini dilihat enak bagi mereka untuk dihabiskan masa bersama pasangan kekasih masing-masing. Bagi mereka itu lebih indah, itu lebih selesa berbanding di rumah bersama-sama ibu ayah dan adik beradik yang lain.

Bersama pacaran masing-masing, mereka bisa menceritakan hal yang indah-indah. Perkara-perkara yang bakal membuatkan jiwa kosong sentiasa berbunga-bungaan.

Masakan tidak, sepasang kekasih itu bukankah saling mencintai antara satu sama yang lainnya. Maka sudah tentu mereka akan sentiasa cuba untuk membahagiakan pasangannya.

Deruan ombak yang sedari tadi menghempas-hempas pula seakan memberi petanda bahawa mereka-mereka itu tidak akan sama sekali meninggalkan pantai indah itu.

Waktu-waktu begini juga dikatakan syaitan dan iblis sibuk untuk mencari-cari binatang tunggangannya, buat menjadi sayap temannya di akhirat kelak. Dan si muda-mudi itulah antara yang pertama sekali menjadi pilihan sang pencipta pendurhakaan pertama di langit itu.

Perlahan-lahan langit yang cerah mula menampakkan garit-garit jingga. Fenomena biasa ini benar-benar menunjukkan kebesaran dan keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Raja sekalian alam, pemilik mutlak alam sejagat yang berkuasa ke atas setiap kejadian dan kehebatan alam semesta.

Seketika kemudian, garit-garit itu hilang. Warna kemerah-merahan mula menguasai penuh di hujung laut yang meluas. Siang bakal hilang. Mentari juga bakal tenggelam di dalam perut bumi. Sedikit demi sedikit malam pula melabuhkan tirainya menggantikan sinaran kuning jingga matahari yang kian memudar.

Kelihatannya anak-anak muda itu masih lagi beriring-iringan di mana-mana. Ah, inilah yang dikata dunia pengakhiran zaman. Alam sudah mahu kiamat! Di mana-mana sahaja sudah boleh dilihat kebatilan dan kemaksiatan berlaku.

Sungguh, andai sahaja Muhammad S.A.W bisa diperlihatkan kepada umat zaman ini. Sudah tentu kecewa baginda. Punya umat yang langsung melupai segala amanat dan pesannya.

Tidakkah mereka sedari bahawa setiap apa yang sedang diperlakukan oleh mereka itu bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Bukankah ungkapan-ungkapan cinta mereka itu juga bakal dipersoalkan oleh Azza Wajalla nanti. Astaghfirullah…

Padahal kehidupan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal (Al-Ala : 17)

Rudi baru sahaja usai menunaikan solat maghrib. Ketenangan yang diraih benar-benar memukau dirinya. Dia sedar bahawa sebagai manusia, hanya kepadaNya sahajalah tempat dia untuk berpasrah dan memohon akan segala sesuatu. Alllah itu satu, tiada dua, tiada juga yang berhak sama sekali untuk disembah melainkanNya.

Dari kejauhan, dilihat sosok tubuh seorang wanita sedang menuju ke arahnya. Rudi hanya mengamati, dan ternyata itulah insan yang dinantikannya ketika itu. Rudi tersenyum.

“Sudah lama awak sampai?” tegur Sarah Zulaikha. Anak kepada Hj Yusuf itu amat manis  apabila mengenakan sepasang kurung moden hijau cerah. Jaritan belang kuning dan hijau gelap di lengannya itu menambahkan lagi keayuan dirinya. Sarah tersenyum.

“Baru saja, Sarah. Saya solat di sini saja tadi. Bimbang lewat tiba,” balas Rudi.

Malam itu, Rudi dan Sarah sudah berjanji untuk makan malam bersama di restoran bapa saudara Rudi. Pak Idris namanya .

Pak Idris awal-awal lagi sudah memberitahu Rudi agar membawa orang yang paling istimewa dalam hidupnya untuk makan malam di restorannya itu. Apa sahaja makanan bakal dihidangkan, khas buat Rudi dan tetamu istimewa itu.

Dan untuk tidak menghampakan permintaan bapa saudaranya itu, Rudi bersetuju untuk membawa Sarah pada malam itu.

Malam itu, Sarah dilihat terlalu anggun. Setiap kerdipan matanya benar-benar membuatkan Rudi pergi di dalam alam ciptaannya sendiri. Rudi hanyut.

“Rudi, kenapa dengan awak ini? Haih, mengelamun jauh nampak. Ingat kat siapa lagi ni?” Sarah cuba mengusik-usik manja. Ternyata keletah manja Sarah membuatkan Rudi benar-benar terpana. Rudi tersedar daripada lamunan.

“Eh, mana ada. Sarah ni, saya oklah. Mana ada berangan,”

“Eleh, tak nak mengaku konon. Saya nampak tadi awak pandang mata saya aje. Apa, ingat saya tak perasan ke? Saya ada deria keenam tau,” Sarah tersenyum-senyum menyindir. Puas rasanya dapat mengenakan jejaka di hadapannya itu.

“Sarah…” Rudi memulakan bicara kembali.

“Ya, kenapa abang sayang? Heee…” balas sarah selamba. Makanan dimulutnya terus dikunyah perlahan-lahan tanpa memandang ke arah Rudi.

“Eh, Sarah ni..main-main pulak. Saya series ni ya,”

“Kenapa, tak boleh ke panggil awak abang sayang? Tak suka ya…err… atau awak malu?” Sarah terus-menerus mengusik Rudi. Langsung tidak mengambil perhatian atas apa yang ingin disampaikan oleh Rudi.

Suasana kembali sepi. Hening dan bening. Hanya deruan ombak sahaja sesekali memukul-mukul pantai, memecahkan kesunyian malam itu.

“Sarah sayang…” ujar Rudi tenang.

Sarah terkedu.  

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: